Friday, May 11, 2012

Demonstrasi BERSIH 3.0 adalah Haram

1. Merosakkan harta benda awam, mencederakan sesama manusia dan menimbul kekacauan adalah haram di sisi Islam. Semua orang tahu dan tanpa Fatwa pun, orang tahu pekara ini adalah haram.

 2. Apabila Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa haram demonstrasi, iaitu respons kepada Demonstrasi Bersih 3.0 , saya mula jengkel. Saya fikir, ini adalah fatwa mengampu kerajaan.

 3. Demonstrasi ini bertujuan untuk menuntut keadilan, di mana Islam juga sangat menyanjung pemimpin berlaku adil kepada rakyatnya. Ia menjadi huru-hara apabila tuntutan murni ini dibalas dengan tear gas dan water cannon.

 4. Jangan kata BERSIH 3.0, perhimpunan Malam Kemerdekaan dan Tahun Baru juga akan menjadi huru-hara, jika ia diraikan dengan tear gas dan water cannon. Tetapi amatlah malang perhimpunan tidak berfaedah ini, ditutup mata dan tidak pula dikeluarkan fatwa.


5. Saya juga menunggu fatwa, apakah hukum penguat kuasa memukul rakyat , mencuri wang rakyat, dan menipu dalam Pilihan Raya. Jika ini juga difatwakan, maka saya tak fikir fatwa haram demonstrasi itu jelek. Ini baru dinamakan Islam membawa rahmat.

6. PAS memandang jelek dan mempersoalkan keputusan Fatwa Kebangsaan ini. Tetapi mereka lupa, kerajaan PAS Kedah telah menghalang Mahkamah Sivil dan Syariah mempersoalkan fatwa kerajaan negeri Kedah. Ini adalah tidak demokratik.

 7. Fatwa adalah pendapat alim ulama, its just a guidelines and not force of law. Kamu boleh setuju tetapi kamu tidak boleh paksa orang untuk bersetuju dengan fatwa tersebut. Kita boleh mempersoalkan fatwa tersebut kerana ada fatwa tidak masuk akal telah dikeluarkan oleh alim ulama. Klik Sini

 8. Saya tidak suka agama diguna sebagai modal politik untuk menjaga periuk nasi politikus. Ini bukan bermakna saya mahu memisahkan agama dan politik. Tetapi agama sepatutnya mampu mencorak politik supaya lebih adil dan bersih.

 9. Apabila agama digula-gulakan, baik oleh kerajaan atau pembangkang, maka kesucian agama itu tercemar. Agama Islam yang sepatutnya dilihat sebagai agama Universal tetapi ditempangkan sendiri oleh alim ulama dan Politikus.

 10. Jika ini terus berlaku, maka cara terbaik untuk menyelamatkan kesucian agama Islam adalah memilih jalan Sekular. Jangan terlalu emosi jika itu sahaja jalan yang boleh dipilih kerana kita sendiri perlu mengubah nasib kita.

 11. Sebab itu jangan bertanya sistem negara apa yang ideal untuk Islam. Ada negara sekular bagus dan tak bagus begitu juga ada negara Islam yang bagus dan tak bagus. Dunia dicipta untuk manusia manakala manusia dicipta untuk akhirat.

 12. Setiap kehendak individu menentukan apa yang bakal diterimanya sama ada di dunia mahupun di akhirat. Ia seperti firman Allah “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah diri mereka sendiri.” [13: 11]

 13. Jika agama merosakkan politik kenegaraan, pilihlah jalan Sekular seperti dilakukan oleh Rachid Ghannouchi di Tunisia. Jika Sekular terlalu anti-agama maka usaha berbalik agama itu perlu, seperti yang dilakukan oleh Racip Erdogan di Turki.
The Islamic state, it should be emphasized, is not an institution devoted to advancing the interests of the Muslim community, but a political system based on universal principles, and one committed to maintaining peace, security, and welfare for all citizens, irrespective of their doctrines, religions, nationality, race or gender- Prof Louay Safi

Friday, April 27, 2012

Bercinta di Twitter

Semenjak aku ada Twitter, aku mula berjinak berfalsafah di Twitter. Tetapi cerita di Twitter dan Facebook tidak banyak bezanya. Balik-balik, cerita cinta juga yang dikongsi oleh pengguna. So, here i wanna share my tweet about Love:

 1. Orang ForeverAlone selalu tweet pasal cinta. Mungkin mereka ini memang pakar dalam bercinta

 2. My parents will curse me as Anak Derhaka if im with you. I dont want become Si Tenggang, so please stay away from me #DialogUntukCrush

 3. Dulu time kecil, kalau tanya nak kahwin dengan siapa, mesti cakap, 'nak kahwin dengan mak.' Besar betul pengaruh ibu, wanita yg paling COOL.

 4. Saya tahu saya single, tapi saya belum bersedia guna agama untuk pikat wanita. Ibadat saya bukan untuk dilelongkan.

 5. Ramai yang tweet ayat berbunga, mengalahkan Shakespeare.

 6. Saya bangga dapat bertutur bahasa Cambodia dengan fasih. Tapi sampai sekarang tak berjaya tackle awek species Indochina .

 7. Aku tak faham kenapa Ustaz yang suka berbicara soal cinta remaja lebih famous dari Ustaz yang berbicara soal nasib Ummah.

 8. Aku menjadi jelek dengan 'cinta' kerana berimbun bani Melayu suka berbicara soal cinta. Tak tahu la jika 'cinta' adalah masalah utama Dunia.

 9. Masalah cinta dikongsi.Masalah kebuluran di Sudan, keganasan di Urganda, penindasan di Uighur, talibanisasi di Afghan, bila lagi nak share?

10. #ForeverAlone la konon. Tuhan, Mak Ayah, adik-beradik, dan kawan-kawan kau nak campak mana?
Biarlah aku berangan untuk seketika
p/s: do follow me in Twitter

Sunday, April 15, 2012

Mampukah kita hapus hutang PTPTN?

1. Negara kapitalis ialah negara untuk mengamalkan dasar ekonomi terbuka. Akibatnya semua benda mahu diniagakan untuk mencari untung. Bina sekolah, hospital, jalan raya, dan rumah untuk mecari untung. Malaysia adalah negara kapitalis yang melaksana sosialis secara ala kadar.

2. Negara sosialis adalah negara yang mengawal pemilikan harta. Keuntungan kerajaan diguna untuk membina kemudahan asas. Tiada siapa boleh mengaut keuntungan secara lahap. Untuk mencapai tujuan ini, hak bersuara dikurangkan demi kepentingan bersama. Oleh itu kebanyakan negara sosialis kurang demokratik.

3. Walaupun negara Kapitalis lebih demokratik, namun kuasa politik banyak dipegang oleh golongan pemodal. Pemodal ini diberi beberapa keutamaan dalam pembahagian projek-projek mega. Sebagai habuan, kroni ini memberi dana kepada ahli politik untuk berkempen memancing pengundi apabila menjelang Pilihan Raya.

4. Fakta ini perlu kita tahu sebelum kita mempersoalkan mampu atau tidak hutang PTPTN dihapuskan. Kita perlu tahu bagaimana puak-puak pemodal yang mengambil untung wang rakyat melalui projek yang diluluskan oleh kerajaan. Pemodal seperti Robert Kuok dan Syed Mukhtar Bukhari selalu dibelakang kerajaan untuk medapat projek.

5. Pemerintah mengugut negara akan bankrap jika PTPTN dihapuskan sedangkan realitinya dengan PTPTN pun negara kita bakal bankrap. Ia diakui sendiri oleh Timbalan Menteri Kewangan, Dr Awang Adek. Menurut beliau Malaysia akan bankrap jika hutang negara mencecah Rm500 billion. Sekarang hutang negara sudah RM450 billion.

6. Kita mampu berjimat dalam perbelanjaan dengan mengetepikan pembaziran seperti pembinaan istana negara dan mercu tanda lain yang tidak berfaedah kepada rakyat. Pembaziran melalui nilai komisen yang tinggi dalam urus niaga pertahanan negara seperti pembelian submarine Scorpine yang mencecah RM71 billion

7. Perbelanjaan oleh pihak Istana harus dikawal dan dibentang kepada rakyat iaitu melalui dewan parlimen. Rakyat berhak mempersoalkan perbelanjaan melampau dan tidak masuk akal oleh pihak Istana. Kita melaungkan Allah Maha Besar tiap kali waktu azan, tapi tiada gunanya jika kita memperhambakan diri kepada Raja. Tiada istilah derhaka hanya kerana kita mengkritik Sultan.

Ini adalah banggunan pejabat Perdana Menteri Norway. Ia jauh lagi buruk dari Putrajaya, kenapa? Sebab Norway lebih utamakan kebajikan rakyat dan mereka memnyediakan pendidikan percuma sehingga ke peringkat Universiti.

8. Pendidikan percuma harus dilaksanakan secara berperingkat kerana kita perlu menguji dahulu kemampuan ekonomi kita. Sebaliknya mula dahulu di peringkat sekolah harian. Yuran IPT pula dikurangkan dan interest PTPTN perlu dihapuskan.

9. Pihak pembangkang janganlah terlalu taksub mampu menghapuskan hutang PTPTN sebanyak RM42 billion dengan wang Petronas. Sumber Gas Asli bukannya berkekalan, so jangan terlalu berharap dengan Petronas. Sebaiknya fikirkan cara untuk lunaskan hutang negara yang sudah mencecah RM450 billion.

10. Kepada peminjam wang PTPTN, anda sudah membelanja wang tersebut atas nama meminjam. Oleh itu, adalah wajib untuk anda membayar balik jika anda mampu. Namun begitu, kerajaan juga harus bersikap perikemanusiaan kepada pelajar. Jangan terlalu zalim menghukum pelajar yang tidak bayar hutang sambil membiarkan kaki rasuah bebas mengkhianati wang rakyat.

Saturday, March 24, 2012

Proses mencari ilmu itu tiada titik noktah

Murid: Kita mahu mengaji apa hari ini?

KH Ahmad Dahlan: Kalian mahu mengaji apa?

Murid: Errr, biasanya pengajian itu, guru yang tentukan.

KH Ahmad Dahlan: Nanti yang pintar hanya guru. Muridnya hanya mengikuti gurunya. Pengajian di sini, kalian yang tentukan. Ia dimulakan dengan pertanyaan.
Ini adalah sebahagian dialog dari filem Indonesia, Sang Pencerah. KH Ahmad Dahlan merupakan pengasas Muhammadiyah di Indonesia. Anak murid itu mempersoalkan kepada KH Ahmad Dahlan, apa itu agama. Beliau memainkan alat muzik biola beliau. Bunyi merdu alat muzik ditafsir sebagai agama yang mampu menenangkan hati penganutnya.

Apa yang mahu disampaikan dari dialog filem ini ialah, ilmu itu dituntut melalui persoalan. Ilmu itu tiada titik noktah, kerana manusia hidup berdasarkan naluri ingin tahu. Ilmu akan terus bergerak mengikut peredaran masa. Orang purba dahulu percaya bumi itu mendatar, tetapi hari ini, fakta ini berubah kerana ada orang mempersoalkan fakta ini.


Hari ini, kita mungkin berbangga memperoleh ilmu dari buku, ceramah, dan internet. Kita menjadi follower ustaz dan alim ulama di Facebook, Twitter, dan sebagainya. Setiap yang disampaikan diserap sebagai ilmu dan dikongsi kepada orang lain. Jaringan ini berterusan, sehingga ada orang yang mempersoalkan. Maka orang ini akan dituduh lemah iman dan dilemparkan dengan cacian.

Ini adalah taqlid buta, iaitu patuh tanpa banyak tanya. Ilmu bukan diperoleh melalui kaedah taqlid buta. Buku dan kata-kata guru dan alim ulama hanya merupakan maklumat dan nasihat. Ilmu itu mesti lahir dari sifat ingin tahu, bertanya, dan seterusnya berdiskusi. Elemen- elemen ini adalah sebahagian dari konsep Ijithad. Oleh itu, ilmu dan ijtihad dua perkara yang tidak boleh dipisahkan.

Sejarah telah menunjukkan, semenjak para ulama’ Islam membuat keputusan untuk ‘menutup pintu Ijtihād’ sekitar kurun ke-13, dunia umat Islam telah menjadi sebuah tamadun yang statik, yang menjadi hamba kepada pendapat dan penjelasan orang-orang tertentu. Ramai cendekiawan Islam yang dihormati lahir dizaman pintu ijtihad terbuka luas.

Ibn Sina misalnya tidak diugut bunuh atau dicaci hanya kerana berbeza pendapat mengenai teori ketuhanan. Ibn Sina menganggap Tuhan dapat dibuktikan melalui saintifik dan logik akal. Buku-buku beliau tidak diharamkan, tetapi pendebatan secara ilmiah berlangsung. Hari ini Malaysia mengharamkan buku-buku yang didakwa mampu menyesatkan. Buku ini dikatakan tidak sesuai dengan fahaman mazhab kita.

p/s: Menulis blog juga adalah medium untuk menuntut ilmu kerana ia membuka ruang untuk berdiskusi. So, jom kita berdiskusi!

p/s: do follow me on twitter @Ariffinism

Thursday, February 16, 2012

Syria huru-hara, Israel serang Iran, Arab jadi patung, Palestin jadi mayat

News told that Israel was likely to attack Iran between April dan June. Orang paling gembira dengar berita ini adalah Arab Saudi. Mereka tidak hidup senang jika Iran yang dilabel kafir, lebih kafir dari Yahudi tidak dihapuskan. Tetapi orang yang paling kafir ini paling ambil kisah tentang isu Palestin.

Arab Saudi sudah memujuk US supaya menyerang Iran- dakwaan wikileaks. Arab Saudi tidak boleh berdiam diri jika Iran mempunyai senjata Nuklear. Maklumlah Arab takut orang Syiah takluk bumi Mekah sedangkan populasi Syiah hanya 20%. Mana mungkin!

Iran, Syria, dan Parti Hizbullah dan Hamas merupakan pakatan anti-Israel dan sekutunya. Pakatan ini tidak dayus, mereka akan buat apa yang mereka cakap. Syria pernah srerang Israel during Six Days War, manakala Hizbullah pernah serang Israel tahun 2006. Iran menjadi ketua pembekal senjata dan semangat moral kepada mereka. Pakatan ini menjadi igauan ngeri kepada Israel.

Israel pernah menyerang reaktor nukluer Iraq dan Syria, Hizbullah dan Hamas juga masih under control. Hanya Iran dan Ahmadinejad iaitu Hitler moden belum dihapuskan. Iran bukan bangsa dayus, sejarah batu dan moden menjadi bukti mereka bukan anak ikan. Rejim Saddam yang dibantu US dan negara Arab pun gagal during Iran-Iraq war 1980-1988. Israel sedar mereka bakal bermian dengan api ditambah pula pakatan Hamas-Hizbullah-Syria.

Jika Israel ingin menghapus Iran, mereka perlu melakukannya dengan pantas, itu dalam sekali serangan. Jika Iran tidak dilupuhkan dalam satu masa, Israel akan parah. Iran akan menyerang Israel sepenuh kekuatan. Hamas dari arah barat dan Hizbullah dari arah utara akan memberi tekanan kepada Israel. Pemuda Mesir akan membakar paip gas ke Israel. Iraq pula tidak beri muka kepada Amerika untuk menyerang Iran dari negara mereka. Tetapi Amerika akan berpangkal di Arab Saudi.

Sekatan Ekonomi terhadap Iran sudah mencapai tahap maksimum dan bakal melupuhkan Iran. Syria merupakan rakan dagang rapat Iran dan membenarkan Iran membina pangkalan tentera di pesisir pantai (Hishamuddin Rais yang cakap). Syria semakin huru-hara, ditambah dengan media yang berat sebelah untuk menipu dunia. Seperti cerita adik Nayirah(15) yang diupah oleh US untuk menipu dunia bahawa rejim Saddam bakar bayi hidup-hidup. Walau apa keadaan, Syria harus dilemahkan untuk menyerang Iran dengan mudah.

Di Malaysia, pula dibawa cerita persoalan mazhab, di mana rejim al-Assad di Syria benci rakyatnya yang berfahaman Sunni. Sudah 30 tahun rejim ini memerintah, populasi Sunni di Syria meningkat ke 74% manakala Syiah hanya 12%. Kenapa tiba-tiba keluar alasan Syiah tindas Sunni? Kenapa tidak pula kita kisah minoriti Syiah Jordan yang dibunuh oleh tentera Sunni dari Arab Saudi semasa Jordan Spring tahun lepas? Yang jahat tetap jahat dan keadilan harus dituntut tanpa mengira fahaman.


Syria sudah hampir lumpuh, mangsa mati meningkat. Israel pula bersiap sedia sedia serang Iran. Arab Saudi beli popcorn untuk menonton real action. Palestine menunggu ajal sama ada dijemput Tuhan atau tentera Zionis. Negara Islam lain mula berbicara soal mazhab dan Ulama sibuk keluar fatwa halal atau haram perangi Syiah. Para Kapitalis bergembira kerana bisnes senjata sangat menguntungkan. Aku pula hanya mampu menangis di hadapan komputer.

p/s: do follow me in Twitter; @Ariffinism

.

Related Posts with Thumbnails